Mawla Amin bukan warga Maghribi

Mohamed Amin Ouradji, juga dikenali sebagai Mawla Amin yang mengaku kononnya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad. - Foto: Agensi
Mohamed Amin Ouradji, juga dikenali sebagai Mawla Amin yang mengaku kononnya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad. - Foto: Agensi
A
A
A

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji akhirnya terjawab apabila Maghribi mengesahkan individu itu bukan rakyat mereka.

Morocco World News melaporkan Kementerian Hal Ehwal Luar di Rabat membuat pengesahan itu kepada Kedutaan Malaysia pada September lalu dan menjelaskan Mawla Amin yang dilahirkan dengan nama Habib Mohamed Amin Ben Sayed EL Idrissi El Hassani memegang dwikenegaraan, Perancis dan Algeria.

"Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.

"Selain itu, dia juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara ini," jelas kementerian itu lagi sambil menambah pihak berkuasa agama tempatan juga tidak menyokong ajaran atau aktiviti keagamaan yang dibawa olehnya.

Sebelum ini, terdapat kenyataan yang menjadi tular mendakwa Mawla Amin tiba di Maghribi buat pertama kali pada 30 Oktober 2006 dan pernah menetap di Paris, Malaysia, Indonesia dan Yemen.

Pada 2014, Mawla Amin berkahwin dengan wanita warga tempatan dan cuba menukar namanya.

Dia pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaku sebagai jalur keturunan ke-38 Rasulullah untuk menarik pengikut mazhab pimpinannya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: