Siram isteri dengan air panas kerana makanan dihurung semut

Suspek ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat kerana menyiram air panas pada tubuh isterinya. - Foto AGENSI
Suspek ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat kerana menyiram air panas pada tubuh isterinya. - Foto AGENSI
A
A
A

GARUT - Seorang lelaki di Indonesia tergamak menyiram air panas ke atas tubuh isterinya hanya kerana makanan yang dihidangkan untuknya dihurung semut.

Pihak berkuasa memaklumkan, suspek berusia 25 tahun telah ditahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat semalam.

Siasatan awal mendapati Hendar melakukan perbuatan itu di kediamannya di Kecamatan Cibalong pada minggu lalu.

Dia mendakwa bertindak demikian kerana terlalu marah.

Susulan insiden itu, isterinya dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kulitnya melecur dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Cibalong. - Agensi

Artikel Berkaitan: