Malaysia, Kemboja setuju bentuk jawatankuasa perdagangan bersama - PM

Anwar (kanan) bersama Hun Manet pada sidang akhbar bersama di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Foto Bernama
Anwar (kanan) bersama Hun Manet pada sidang akhbar bersama di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia dan Kemboja bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) tahun ini untuk meneroka potensi perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, menerusi mekanisme perdagangan baharu ini, kedua-dua negara akan menimbang kerjasama antara Jabatan Kastam untuk memudahkan pergerakan barangan.

"Kita mempunyai potensi besar dari segi meningkatkan kuantiti perdagangan minyak sawit, beras putih dan kementerian perdagangan kedua-dua negara akan menggunakan platform JTC untuk menangani cabaran ini dan mencari penyelesaian perdagangan dan pelancongan.

"Pelaburan sudah ada tetapi kita perlu menjangkakan lebih banyak pelaburan ke Kemboja dan dari Kemboja ke Malaysia,” kata Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet di Perdana Putra pada Selasa.

Sementara itu, Anwar berkata nilai pelaburan syarikat Malaysia yang melabur di Kemboja melepasi AS$3 bilion setakat ini.

"Sudah tentunya, ini merupakan peluang yang amat besar dan Perdana Menteri Hun Manet memberi jaminan akan memberi perhatian dan sokongan seboleh mungkin,” katanya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!