Disyaki seleweng dana, pegawai JKM direman

Pegawai berkenaan menutup wajahnya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, tadi.
Pegawai berkenaan menutup wajahnya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah di negeri ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan wang bantuan yang dianggarkan bernilai RM15,000.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Balkhis Abdul Halim membenarkan lelaki tersebut direman selama enam hari bermula semalam hingga 14 Januari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di JKM daerah pada jam 3 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menyeleweng wang bantuan bernilai RM15,000 yang sepatutnya diserahkan kepada penerima bagi tujuan membaiki rumah dan pembekalan mesin jahit antara 2015 hingga 2017,” katanya.

Menurut sumber lagi, suspek akan disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun engan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: