Nenek rappers tular di Korea Selatan

Kumpulan rap Suni and the Seven Princess diwakili lapan warga emas yang berasal dari wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan. - Agensi
Kumpulan rap Suni and the Seven Princess diwakili lapan warga emas yang berasal dari wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan. - Agensi
A
A
A

SEOUL - Lapan warga emas dari wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan tular selepas mereka menubuhkan sebuah kumpulan rap yang dinamakan Suni and the Seven Princess.

Menurut laporan Oddity Central, kesemua warga emas itu berusia dalam lingkungan 70-an hingga 80-an itu dan mereka mula berkenalan sejak mereka muda lagi.

Sama seperti anggota kumpulan rap lain, mereka juga tampil dengan imej sebagai penyanyi rap selain mengenakan pakaian longgar dan aksesori seperti rappers muda.

Lirik lagu yang dihasilkan pula berkisarkan tentang gaya hidup mereka di luar bandar seperti memetik cili dan tembikai di ladang.

Sejarah penubuhan Suni and the Seven Princess bermula apabila ketua kumpulan itu, Park Jeom-sun melihat sebuah klip video nyanyian rap di internet.

Dia kemudiannya meminta tunjuk ajar seorang guru untuk menunjukkan cara bernyanyi rap sebelum mereka diundang membuat persembahan buat kali pertama di sebuah sekolah tahun lalu.

Sejak itu, kumpulan yang ditubuhkan pada Ogos 2023 itu diundang untuk membuat penampilan di pelbagai acara di Korea Selatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: