Lelaki maut dipukul: Lima suspek didakwa di mahkamah esok

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dipukul hingga maut. Gambar kecil: Mohd Zaid
Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dipukul hingga maut. Gambar kecil: Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Lima lelaki yang disyaki memukul seorang pemandu kereta hingga mati selepas kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua mereka berusia 22 hingga 52 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek akan dituduh pagi esok di Mahkamah Bandar Baru Bangi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan lima lelaki yang ditahan berkaitan kes itu disambung reman empat hari lagi untuk siasatan lanjut.

Susulan tangkapan itu, dua individu lagi berusia 22 dan 39 tahun direman sehingga 28 Februari ini bagi membantu siasatan.

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dipukul hingga maut.

Kejadian tragis itu berlaku selepas lelaki berusia 42 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28