Malaysian University pintas Liaoning

Malaysian University merampas tangga teratas liga selepas menjinakkan pasukan jemputan China, Liaoning, 1-0 di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Malaysian University merampas tangga teratas liga selepas menjinakkan pasukan jemputan China, Liaoning, 1-0 di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
A
A
A

PEREBUTAN kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita 2024 kembali mendebarkan apabila Malaysian University (MU) merampas tangga teratas liga selepas menjinakkan pasukan jemputan China, Liaoning, 1-0 di Padang 1 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysian yang juga juara Piala Sumbangsih yang memimpin liga dengan 20 mata juga mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lapan perlawanan.

Sementara itu, Liaoning dibimbing Ren Ye pula turun satu anak tangga di tempat kedua dengan 18 mata.

Penyerang, Nur Zafirah Aziz muncul wira Malaysian University kendalian Lailin Abu Hassan apabila jaringan padang seawal minit kedua sudah cukup menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan itu

Keampuhan benteng pertahanan Malaysian University termasuk menghalang deretan pukulan sudut penalti dimiliki lawan juga menjadi kunci utama kemenangan tersebut.

Sementara itu, Lailin memuji komitmen tinggi anak buahnya yang mendambakan kemenangan bagi mencerahkan peluang mereka menjuarai liga musim ini.

"Walaupun setiap kali kena serang tetapi pemain dapat mengurus benteng pertahanan dengan baik. Saya harap kemenangan hari ini akan bakar semangat pasukan untuk menang ke atas CS Mustang HT, Khamis ini seterusnya rangkul kejuaraan liga," katanya.

Sementara itu, satu lagi aksi di Padang 2 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, jaringan hatrik Nur Amirah Jasmi Apindi minit ke-17, 29 dan ke-50 serta gol sumbangan Nuratyra Sajali minit ke-34 membantu CS Mustang HT membenam MSP-PHP-SSNP, 4-0.

Artikel Berkaitan:

CS Mustang HT kini berada di kedudukan keenam dengan sembilan mata manakala MSP-PHP-SSNP pula di tempat kesembilan dengan tiga mata.

Sebagai rekod, Malaysian University muncul juara Piala Sumbangsih selepas menjinakkan Negeri Sembilan, 3-0 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua terikat 2-2 pada perlawanan 60 minit. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28