Semakin ramai hantar anak belajar al-Quran sepenuh masa

Setiap 10 pelajar akan diselia dan dipantau oleh seorang guru agama dalam memastikan mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan betul. (Gambar kecil: Muhammad Naim Abd Razak)
Setiap 10 pelajar akan diselia dan dipantau oleh seorang guru agama dalam memastikan mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan betul. (Gambar kecil: Muhammad Naim Abd Razak)
A
A
A

ALOR SETAR - Pusat Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari perlu membuat penapisan tapisan terhadap pelajar terlebih dahulu susulan semakin ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka untuk belajar al-Quran dan fardu ain sepenuh masa.

Mudirnya, Muhammad Naim Abd Razak berkata, kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan membaca kitab suci umat Islam itu semakin baik dan perkara sama turut dilalui oleh pusat-pusat tahfiz lain.

Seramai 30 pelajar yang berusia antara sembilan tahun hingga 16 tahun belajar sepenuh masa mengaji dan menghafal al-Quran di Pusat Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari.
Seramai 30 pelajar yang berusia antara sembilan tahun hingga 16 tahun belajar sepenuh masa mengaji dan menghafal al-Quran di Pusat Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari.

Menurutnya, seramai 30 pelajar yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun belajar sepenuh masa mengaji dan menghafal al-Quran di Pusat Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari.

“Kami mula beroperasi sejak tahun 2018 lagi dan disebabkan permintaan yang semakin meningkat, seramai 70 hingga 90 pelajar baharu akan diambil bermula Februari 2025 selepas bangunan asrama dua tingkat siap di Mentaloon, Alor Setar.

“Buat masa ini kami tidak boleh lagi terima kemasukan pelajar baharu kerana ruangan fasiliti sedia ada sekarang terhad namun bagi mereka yang berminat boleh memohon bagi kemasukan pada tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Muhammad Naim yang juga Pengerusi Lembaga maahad tahfiz itu berkata, setiap bulan pihaknya menerima permohonan baharu namun terpaksa menolak dengan cara baik.

Jelasnya, rata-rata ibu bapa yang ditemui mengakui mahu memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka pada usia awal.

Artikel Berkaitan:

“Bukan semua ibu bapa mahu anak-anak dapat hafaz 30 juzuk al-Quran namun jika mereka dapat menghafal sebahagian pun dianggap terbaik. Ibu bapa mahu anak mereka mempunyai asas pendidikan agama Islam sejak dari kecil lagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Naim berkata, setiap 10 pelajar akan diselia dan dipantau oleh seorang guru agama dalam memastikan mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan betul.

Jelasnya, bagi pengambilan pelajar tahun 2025 pula, pusatnya sedang dalam perancangan bersama Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim, Alor Setar untuk memberikan pendidikan akademik selain penekanan kepada pembelajaran al-Quran dan hadis.

Majlis Sah Khatam Al Quran diadakan kepada pelajar tahfiz yang tamat belajar di tahfiz tersebut.
Majlis Sah Khatam Al Quran diadakan kepada pelajar tahfiz yang tamat belajar di tahfiz tersebut.

“Pembelajaran al-Quran di pusat tahfiz ini masih lagi dengan cara berguru namun pengurusan, guru agama dan pelajar semakin didedahkan dengan perkembangan digital hari ini agar mereka juga tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa,” tambah beliau.

Pada 30 Disember 2019, Sinar Harian melaporkan pusat tahfiz tersebut ditimpa musibah apabila bangunan asrama pelajarnya di Tongkang Yard, Alor Setar musnah dalam kebakaran namun seramai 18 pelajar dan seorang guru sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28