Bayi lelaki ditemui dalam beg berhampiran ladang jagung

Bayi lelaki ditemui dalam beg biru diletakkan dalam pondok di Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand. Foto Agensi
Bayi lelaki ditemui dalam beg biru diletakkan dalam pondok di Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup selepas ditinggalkan dalam sebuah beg yang diletakkan di sebuah pondok dalam ladang jagung di Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Semasa kejadian pada jam 5.30 petang (waktu tempatan), seorang juru elektrik yang mengambil upah memasang lampu solar terdengar tangisan bayi dan apabila mendekatinya dia ternampak sebelah tangan bayi keluar dari sebuah beg diletakkan dalam pondok rehat.

Kemudian, dia bergegas melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan sehingga membawa petugas kesihatan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di ladang jagung, mereka menemui bayi lelaki dibalut dengan pakaian bersaiz dewasa sedang terbaring dalam beg biru yang ditutup separuh dan dia didapati masih hidup.

Petugas perubatan menggangarkan bayi itu berusia 39 minggu dan dia kini ditempatkan di bawah penjagaan pihak hospital serta dilaporkan selamat.

Sementara itu, pasukan penyiasat dari Balai Polis Sueng Sang sedang melakukan siasatan menyeluruh di kawasan itu.

Siasatan tertumpu untuk mencari rekod kehamilan dalam kalangan warga tempatan dan asing. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!