Jenazah Soleimani selamat disemadikan

Jenazah Soleimani dikebumikan di kampung halamannya di bandar Kerman, di tenggara Iran. - Foto: Agensi
Jenazah Soleimani dikebumikan di kampung halamannya di bandar Kerman, di tenggara Iran. - Foto: Agensi
A
A
A

TEHERAN - Jenazah komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Baghdad, Jumaat lalu selamat disemadikan di kampung halamannya di bandar Kerman, tenggara Iran hari ini.

Pada awalnya, pengebumian Soleimani dirancang diadakan semalam, namun ia terpaksa ditangguhkan susulan kesesakan teruk di kawasan tersebut.

Difahamkan, pengebumian diadakan tidak lama selepas Iran membedil pangkalan tentera AS di wilayah Anbar dan bandar Erbil di Iraq sekitar jam 1.20 pagi (waktu tempatan).

Serangan sama turut mengorbankan timbalan komander anti pengganas Pasukan Mobilisasi Popular Iraq (PMF), Abu Mahdi Al-Muhandis dan lapan rakyat Iran serta Iraq. - Agensi

Artikel Berkaitan: