Pelajar tajaan GrEP tamat Sarjana Undang-undang di London

Amir Haiqal berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang dengan Cemerlang dalam Undang-undang di Queen Mary University of London. Foto Pejabat Mara London dan Ireland
Amir Haiqal berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang dengan Cemerlang dalam Undang-undang di Queen Mary University of London. Foto Pejabat Mara London dan Ireland
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah Program Graduan Cemerlang (GrEP) berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang dengan Cemerlang dalam Undang-undang di Queen Mary University of London.

Pejabat Mara London dan Ireland dalam satu kenyataan berkata, Muhammad Amir Haiqal Mohamad Adnan telah menamatkan pengajian beliau pada Januari lalu.

“Pejabat Mara London ingin mengucapkan tahniah kepada Amir Haiqal, pelajar tajaan Mara di bawah GrEP anjuran Bahagian Penajaan Mara.

“Pencapaian ini sungguh bermakna bagi beliau kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi demi segulung pengiktirafan itu,” kata kenyataan itu menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.

Tambah Pejabat Mara London, pencapaian itu sungguh bermakna bagi Muhammad Amir Haiqal kerana terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi segulung pengiktirafan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, sebelum melanjutkan pengajian di London, beliau merupakan pelajar lepasan program Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengikuti Latihan Dalam Kamar (Pupillage) di salah sebuah firma guaman di Malaysia.

Susulan itu, beliau telah mendapat pentauliahan sebagai seorang peguam dari Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada tahun 2022.

“Amir Haiqal kini telah kembali ke Malaysia untuk meneruskan sumbang bakti beliau kepada negara.

Artikel Berkaitan:

“Semoga kejayaan sentiasa bersama anda di masa hadapan. Tahniah Amir Haiqal,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Muhammad Amir Haiqal dan Mara kerana menaja pengajian itu.

“Tahniah Amir. Tahniah Mara London. Terima kasih Mara,” kata @Azmi Nordin.

“Tahniah, awak memang layak untuk menerima kejayaan ini. Sikap yang hebat akan membawa awak lebih jauh,” tulis @Munira Jalil.

Sementara itu, pemilik akaun @Anwar Abbas turut mengucapkan tahniah kepada graduan berkenaan kerana mengharumkan nama Mara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!