Pertandingan ayam ratu isi kalendar pelancongan Kelantan

Pemilik Ayam Ratu, Roshairi Izwan Sulaiman bersama ayam baka Leung Hang Khao (LHK) yang diberi nama Mongkut bergambar bersama piala yang dimenanginya dalam Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. Foto Bernama

A
A
A

KOTA BHARU - Pertandingan ayam ratu akan mengisi acara tahunan kalendar pelancongan negeri Kelantan bermula tahun hadapan sebagai satu inisiatif baharu tarikan pelancong ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, pertandingan itu sangat sinonim dengan rakyat di negeri berkenaan yang kebanyakannya menjadikan aktiviti terbabit sebagai hobi.

Suasana semasa Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. Foto Bernama
Suasana semasa Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. Foto Bernama

"Saya tengok pertandingan ini mempunyai potensi yang besar untuk menarik pengunjung ke Kelantan. Tambah lagi, hobi ini sudah menjadi tradisi rakyat Kelantan khususnya dan negeri-negeri lain.

"Saban tahun program pertandingan ayam ratu biasanya dianjurkan oleh persatuan tertentu dan saya melihat acara ini boleh dikembangkan oleh kerajaan negeri memandangkan peminatnya yang ramai di seluruh negara termasuk dari Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Ayam Ratu Antarabangsa di sini hari ini.

Para peserta dan pengunjung melihat gelagat ayam ratu pada Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. Foto Bernama

Pertandingan membabitkan 102 ekor ayam ratu itu disertai peminat dari seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Kedah, Terengganu, Perak selain penyertaan dari selatan Thailand dan dimenangi peserta dari Terengganu dengan ayamnya yang diberi gelaran "Mongkut".

Kamarudin berkata, bagi menjayakan program itu, kerajaan negeri akan menganjurkan beberapa acara pertandingan ayam ratu tahun hadapan, selain melancarkan promosi secara besar-besaran bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK), Kamaruzaman Hassan berkata, sokongan yang dizahirkan kerajaan negeri itu sangat dinanti-nantikan penggemar ayam ratu di negeri ini dalam usaha memelihara seni warisan budaya tradisional masyarakat Kelantan.

Beliau berkata, usaha itu juga akan menyemarakkan lagi kesinambungan tradisi berkenaan kepada generasi baharu dan pada masa sama, memberi peluang kepada rakyat untuk menjadikan hobi itu sebagai satu industri yang boleh menjana pendapatan.

Sementara itu, pemilik Mongkut, Roshairi Izwan Sulaiman, 36, berkata, ayam baka Leung Hang Khao (LHK) kesayangannya itu sudah banyak kali mahu "disunting" peminat ternakan berkenaan dengan tawaran harga sehingga mencecah RM18,000.

"Ramai yang berminat memiliki Mongkut, namun saya tidak berhasrat menjualnya kerana bagi saya 'dia' sangat istimewa dan banyak membawa tuah kepada saya.

Para Juri membuat penilaian kepada Ayam baka Leung Hang Khao (LHK) yang diberi nama Mongkut dimiliki Roshairi Izwan Sulaiman. Foto Bernama
Para Juri membuat penilaian kepada Ayam baka Leung Hang Khao (LHK) yang diberi nama Mongkut dimiliki Roshairi Izwan Sulaiman. Foto Bernama

"Sudah empat tahun saya bela Mongkut dan ayam ini sudah seperti 'sahabat' yang saya jaga dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, Mongkut menang lagi hari ini," katanya dan menambah Mongkut turut mendapat tempat pertama bagi kategori LHK dewasa berdasarkan penilaian terhadap kecantikan balung, paruh, sayap, ekor dan kaki.

 Pemilik Ayam Ratu Roshairi Izwan Sulaiman bersama ayam baka Leung Hang Khao (LHK) yang diberi nama Mongkut ketika Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. Foto Bernama

Sebelum ini, katanya Mongkut sudah beberapa kali diangkat sebagai pemenang dalam pertandingan sama yang diadakan di Thailand dan turut menjuarai piala diraja negara itu.

"Penyertaan Mongkut dalam pertandingan ayam ratu bukanlah untuk mengejar hadiah atau ganjaran semata-mata, tetapi lebih kepada 'mencipta nama' bagi memberi nilai harga yang lebih lumayan kepada baka yang dibiakkan haiwan itu," katanya.

Setakat ini, dia berkata baka yang dihasilkan Mongkut mendapat permintaan tinggi dengan harga bermula RM500 bagi seekor anak ayam yang berusia dua bulan dan pernah terjual ke Kuwait dan Indonesia.

Suasana semasa Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. - Bernama
Suasana semasa Pertandingan Ayam Ratu Peringkat Nasional anjuran Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) di Pusat Beli-belah AEON Mall Kota Bharu hari ini. - Bernama

Menurut Roshairi Izwan, dia mula minat membela ayam sejak berusia 10 tahun dengan memelihara ayam serama sebelum beralih kepada ayam ratu bermula 2016.

Katanya, setakat ini dia memiliki kira-kira 40 ekor ayam ratu dengan kos belian keseluruhan melebihi RM20,000 yang diusahakan di tanah berkeluasan 0.2 hektar bersebelahan rumahnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28