Penantian peniaga Jertih Souq berniaga di pasar baharu berakhir

Ahmad Samsuri bersama sebahagian peniaga Pasar Besar Jertih yang menerima replika kunci lot kedai masing-masing pada Majlis Perasmian Pasar Besar Jertih pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Samsuri bersama sebahagian peniaga Pasar Besar Jertih yang menerima replika kunci lot kedai masing-masing pada Majlis Perasmian Pasar Besar Jertih pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

JERTIH - Penantian 74 peniaga di Jertih Souq dan di sekitarnya selama hampir lapan tahun untuk berniaga di ruang yang lebih selesa, berakhir apabila Pasar Besar Jertih sudah mula beroperasi secara rasmi hari ini.

Sebelum ini peniaga makanan sekitar kawasan itu terpaksa beroperasi di ruang parkir kereta di bahagian bawah Jertih Souq, dan perniagaan di kawasan itu sering terjejas terutama ketika musim banjir apabila banyak barangan jualan mereka musnah, dan tidak ramai pelanggan yang datang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bangunan dua tingkat Pasar Baru Jertih yang siap dibina akhir tahun lepas itu akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian mereka.

"Mengikut jadual asal, pembinaan pasar ini sepatutnya siap April 2019, namun (tertangguh) disebabkan beberapa masalah teknikal dan kekangan Covid-19... tetapi akhirnya ia berjaya disiapkan juga dengan kos RM6 juta.

"Pasar ini dibina bersebelahan Jertih Souq sejak Disember 2017, mempunyai 74 lot niaga terdiri daripada pelbagai ruang jualan seperti gerai makanan basah, kedai makan dan pakaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar berkenaan, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Sukeri Ibrahim dan kepimpinan daerah Besut. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!