Wujud semula Tribunal Penjawat Awam - KPPLPPM

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tribunal Penjawat Awam perlu diwujudkan semula supaya dapat dijadikan sebagai platform yang boleh digunakan untuk representasi diri jika berlaku penganiayaan terhadap diri mereka.

Presidennya Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM), Alwi Shakir Abdullah berkata, cadangan berkenaan dibuat susulan berita penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

“KPPLPPM berpandangan isu ini merupakan satu perkara serius terhadap penjawat awam kerana berdasarkan tarikh surat dikeluarkan serta tarikh kuat kuasa surat iaitu lima hari adalah amat singkat.

“Ia mengundang imej dan persepsi tidak baik terhadap mana-mana pihak yang menghadapi situasi sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa 'tidak sehaluan' dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, KPPLPPM mengambil pendirian bahawa perlu ada satu tempoh masa yang lebih adil diberikan agar keharmonian dikekalkan bukan sahaja di peringkat agensi malahan dalam kalangan penggiat industri.

Artikel Berkaitan:

“Kesatuan berpandangan bahawa satu pekeliling atau arahan berkenaan pertukaran, peminjaman atau penamatan tanpa sebab munasabah seperti ini perlu diwujudkan klausa berkenaan tempoh masa notis sekurang-kurangnya sebulan atau lebih.

“Ia bertujuan untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang sekali gus dapat menepis persepsi negatif terhadap penjawat awam,” ujarnya.

Pada masa sama, Alwi menjelaskan bahawa KPPLPPM bersedia bertemu King Sing dalam tempoh masa terdekat bagi mendapatkan pencerahan mengenai perkara tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28