Sultan Selangor berkenan lantik 31 anggota institusi Islam

Sultan Sharafuddin (tengah) bergambar bersama penerima watikah pelantikan membabitkan anggota institusi agama di Selangor.
Sultan Sharafuddin (tengah) bergambar bersama penerima watikah pelantikan membabitkan anggota institusi agama di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menyampaikan watikah pelantikan kepada 31 penerima membabitkan anggota institusi Islam negeri bagi sesi 2024-2026 pada Jumaat.

Lantikan itu terdiri anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS), anggota Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

MAIS dalam satu kenyataan berkata, pelantikan anggota MAIS terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim diikuti Datin Paduka Norazlina Zakaria, Prof Dr Khadijah Mohd Khambali@Hambali dan Prof Madya Datuk Mohd Farid Ravi Abdullah.

Menurut kenyataan itu, baginda turut berkenan melantik Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Dr Anhar Opir serta Timbalannya, Prof Madya Datuk Dr Miszairi Sitiris sebagai anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersama 12 individu lain.

Anhar menerima watikah pelantikan Mufti Selangor disampaikan Sultan Sharafuddin.
Anhar menerima watikah pelantikan Mufti Selangor disampaikan Sultan Sharafuddin.

Ujar kenyataan itu, baginda juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 11 Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS pada majlis sama.

"Lantikan itu diketuai Pengerusi Pemegang Amanah Lembaga LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail diikuti Timbalan, Tan Sri Ambrin Buang.

"Pelantikan anggota Pemegang Amanah LZS adalah dengan kelulusan MAIS dan mendapat perkenan Sultan Selangor," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, turut dilantik ialah Datuk Mohd Shukor Shabudin sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah manakala Mohd Zakian Dio sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Istiadat berlangsung di Istana Kayangan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari dan Exco Agama Islam, Dr Fahmi Ngah.