Sila log masuk terlebih dahulu.

'Tujuan 'posting' dinaikkan semula untuk cipta naratif jahat, fitnah...' - Saifuddin Nasution

23 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 23 FEBRUARI 2024

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan Malaysia akan dijadikan destinasi pelancongan tanpa visa oleh Israel seperti hantaran di media sosial, menyifatkan tuduhan itu untuk mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas beliau serta kerajaan.

Jelasnya, beliau menganggap tujuan posting itu dinaikkan semula adalah mencipta naratif jahat dan fitnah ke atasnya dan kerajaan Malaysia.

Beliau merujuk satu hantaran di laman X dengan tajuk Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa?

Ia turut menyertakan tangkap layar akaun X Ahli Parlimen Israel, Danny Danon pada September lalu yang menyiarkan gambar Saifuddin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650992/berita/nasional/israel-jangan-perasan---saifuddin