Elaun Lokum akan dibayar segera - Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan yang diarah bertugas pada Sabtu dan Hari Kelepasan Am layak menerima Elaun Lokum pada kadar RM80 per jam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu telah diperhalusi dan diberi kelulusan pada kadar segera.

“Timbul isu bayaran elaun bagi doktor yang membuat Elaun Lokum, saya perhatikan ramai yang memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan.

“Pada setiap per jam yang dilakukan, (ia boleh dituntut) serta-merta,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan sesi Memorandum Persefahaman (MoU) antara IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bagi memperbaharui MoU untuk menyediakan rawatan kanser percuma bagi 500 pesakit dari hospital kerajaan di Hospital Gleneagles, di sini pada Jumaat.

KKM dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai jam 9 pagi hingga 1 petang, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Terdahulu, KKM juga telah memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lalu, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran Elaun Lokum, sedang dalam pertimbangan.

Tambah Dr Dzulkefly, makluman terbaharu itu akan memberi kelegaan kepada mereka yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

“Ini merupakan berita baik kepada (pegawai perubatan) yang berkenaan, tambahnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28