Padam atau jangan sebar video insiden lelaki maut dipukul - MCMC

Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai diikat dan dipukul susulan kemalangan dengan pengantar makanan dalam satu kejadian pada malam Rabu lepas, dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial.
Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai diikat dan dipukul susulan kemalangan dengan pengantar makanan dalam satu kejadian pada malam Rabu lepas, dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai memadamkan atau tidak menyebarkan video yang menunjukkan kekerasan terhadap seorang lelaki terlibat kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sebarang perkongsian yang melibatkan video atau kandungan melibatkan mangsa serta pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Perkongsian rakaman video itu tidak hanya mengguris perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip dan etika asas dengan pengunaan grafik berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penonton,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, setiap individu perlu mempertimbangkan sewajarnya untuk tidak menyebarkan video atau kandungan yang berkaitan dengan insiden itu.

Sebagai garis panduan berkenaan penciptaan kandungan, rujukan boleh dibuat melalui Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai diikat dan dipukul susulan kemalangan dengan pengantar makanan dalam satu kejadian pada malam Rabu lepas, dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: