KPWKM cadang naikkan bantuan usahawan JKM

Nancy pada program Town Hall Rakyat kali kesembilan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Nancy pada program Town Hall Rakyat kali kesembilan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk menaikkan jumlah bantuan perniagaan daripada RM2,700 kepada RM5,000 kepada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mahu membuka perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagaimanapun cadangan bantuan menerusi Program 2 Years Exit itu baru di peringkat kementerian.

"Saya dan kawan -kawan di kementerian akan usahakan untuk dapat kebenaran tersebut. Sekarang ini RM2,700 tapi kalau boleh dinaikan kepada RM5,000 lebih bagus.

"Mereka ini penerima bantuan daripada JKM tetapi dia nak berusaha berniaga. Jadi kita bantu, beri modal untuk bangunkan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel pada program Town Hall Rakyat kali kesembilan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Program yang berlangsung di Kompleks Karangkraf itu dihoskan oleh pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Nancy memberitahu, wanita perlu mempunyai ilmu dan kepakaran untuk berjaya.

"Kita tidak mahu mereka jadi wanita yang duduk dan tunggu sahaja. Kita mahu lain dari yang lain.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, kita turun ke bawah untuk membantu golongan wanita dengan mengadakan pelbagai program," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!