Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bilion

No Image Caption
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 billion (AS$1=RM4.79) setakat 15 Februari 2024, berbanding AS$114.8 billion pada 31 Januari, 2024.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$102.9 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa ((AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.18 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.31 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM61.53 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM186.31 bilion), mata wang dalam edaran (RM169.88 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM156.39 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM18.26 bilion), deposit lain (RM39.57 bilion), kertas Bank Negara (RM30.71 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.24 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: