Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Taib Mahmud hari ini

Jenazah Abdul Taib diusung ke kediamannya di Demak Jaya pada Rabu. Foto Bernama
Jenazah Abdul Taib diusung ke kediamannya di Demak Jaya pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri.

Istiadat yang berlangsung di Atrium, DUN Sarawak itu akan bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu.

Solat jenazah dijadual akan diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: