Kilang haram diserbu, 200 tan sisa buangan elektronik disita

Veerapan melihat bahan sisa elektronik di premis tidak bernombor di Jalan Kuala Sawah, Kampung Puchong, di Seremban pada Rabu.
Veerapan melihat bahan sisa elektronik di premis tidak bernombor di Jalan Kuala Sawah, Kampung Puchong, di Seremban pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah kilang haram yang menjalankan aktiviti peleraian bahan sisa buangan elektronik (e-waste) diserbu penguat kuasa di premis tidak bernombor di Jalan Kuala Sawah, Kampung Puchong, di sini pada Rabu.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, operasi bermula 10 pagi itu telah menyita sebanyak 200 tan barangan pembuangan elektronik untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurutnya, kegiatan ini dipercayai didalangi oleh warga China yang telah beroperasi pada 2020, namun berhenti seketika sebelum kembali menjalani kegiatan tersebut pada 2023.

"Berdasarkan siasatan awal, pemilik kilang ini disyaki merupakan warga tempatan sebelum menyewanya kepada warga asing dengan mengenakan bayaran RM38,000 sebulan.

"Aktiviti kilang haram ini nyata memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat selain kedudukannya hampir 100 meter dari Sungai Linggi," katanya selepas selesai operasi.

Operasi bermula 10 pagi itu telah menyita sebanyak 200 tan barangan pembuangan elektronik untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Operasi bermula 10 pagi itu telah menyita sebanyak 200 tan barangan pembuangan elektronik untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Operasi bersepadu itu melibatkan 71 individu terdiri daripada pasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhilitan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, lebih 60 pekerja warga Myanmar sedang bekerja telah melarikan diri setelah menyedari mereka diserbu pihak berkuasa, namun lima warga Myanmar dan dua Bangladesh dapat ditangkap.

Artikel Berkaitan:

"Bahan buangan ini juga dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Amerika Syarikat dan China melalui pelabuhan Klang yang diisytihar secara salah.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan kita nak pastikan negeri ini bersih daripada segala pencemaran yang dihasilkan daripada kilang haram seperti ini.

"Justeru kita mahu rakyat sentiasa menjadi mata dan telinga kita, segera adukan kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti mencurigakan.

"Kalau kita lihat kilang ini, ia tidak dapat lesen daripada PBT, lesen operasi daripada JAS dan juga melakukan kesalahan di bawah JTK yang mana belakang tadi kita lihat ada tempat pekerja asing tinggal dekat sana," katanya.

Ujarnya, tempat penginapan pekerja juga sangat kotor, menjijikkan selain bertindak membuang sisa ke dalam aliran sungai menyebabkan pencemaran kepada sungai.

"Pemeriksaan mendapati sembilan kesalahan telah dilakukan di bawah bidang kuasa tujuh agensi di bawah bidang kuasa agensi iaitu JAS, PBT, LHDN, Perhilitan dan JIMNS," katanya.

Sementara itu, antara kesalahan berkenaan adalah bawah Seksyen18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Operasi peleraian sisa elektronik tanpa lesen, Seksyen 34 a kerana gagal kemukakan laporan Environment Impact Assesment (EIA) bagi aktiviti peleraian e-waste.

Kilang ini juga didapati melakukan kesalahan bawah Seksyen 3(1) undang2 kecil Pelesenan Tred-menjalankan perniagaan tanpa lesen pihak berkuasa tempatan dan bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Seksyen 112(1BA) Akta Cukai Pendapatan 1967- kesalahan kegagalan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28