Harga petrol, diesel kekal hingga 28 Februari

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai Khamis hingga 28 Februari ini. Gambar hiasan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai Khamis hingga 28 Februari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai Khamis hingga 28 Februari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum, di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan,” menurut MOF.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: