Berwaspadalah, jangan sampai dikencing oleh syaitan

BERHATI-HATILAH dengan tipu daya syaitan dan elakkan diri daripada menjadi 'mangsa' dikencingkan oleh makhluk dilaknat ALLAH itu. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
BERHATI-HATILAH dengan tipu daya syaitan dan elakkan diri daripada menjadi 'mangsa' dikencingkan oleh makhluk dilaknat ALLAH itu. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
A
A
A

BUKAN sahaja ‘dikencing’ (diperdaya) oleh rakan atau kenalan, tetapi adakalanya manusia juga boleh dikencing oleh syaitan.

Ia bukan khayalan mahupun omongan kosong semata-mata.

Sebaliknya, pendakwah Ustaz Elyas Ismail menjelaskan, perkara tersebut ada disebutkan dalam sebuah hadis masyhur.

Diceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa terdapat seorang lelaki yang tidur hingga terlajak Subuh.

Lalu, Baginda SAW bersabda: “Lelaki itu telah dikencingkan oleh syaitan di telinganya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

USTAZ ELYAS
USTAZ ELYAS

Menjelaskan maksud ‘dikencingkan oleh syaitan di telinganya’, penceramah itu berkata, para ulama menyatakan, telinga seseorang itu telah tersumbat daripada mendengar laungan azan Subuh.

Artikel Berkaitan:

“Kedua, telinganya menjadi begitu kerana dia seolah-olah telah dipenuhi dengan perkara-perkara batil hingga terhijab daripada mendengar seruan azan.

“Ini bermakna, dirinya begitu nikmat dan sedap tidur sampai tidak bangun (menunaikan) solat Subuh. Itulah yang dimaksudkan kena kencing daripada syaitan. Semoga kita dijauhkan daripada dikencingkan oleh syaitan dan kawan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara syaitan ‘membelit’ manusia dengan tipu dayanya untuk menjayakan misi menyesatkan anak Adam.

Antaranya termasuklah menerusi muncung atau paruhnya yang boleh membuatkan manusia mudah lupa, selain mengincu bibir para pendengar ceramah supaya mereka dapat berbual-bual dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!