Oligo lancar pek baharu Pocket Rocketman

Reka bentuk bungkusan terbaru Oligo juga terdapat dalam bentuk serbuk selain pek yang sedia diminum.
Reka bentuk bungkusan terbaru Oligo juga terdapat dalam bentuk serbuk selain pek yang sedia diminum.
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyifatkan pelantikannya sebagai duta jenama Oligo sebagai satu tanggungjawab besar dalam usaha mendidik masyarakat bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, masyarakat negara ini memerlukan khasiat yang cukup untuk mereka menjalani kehidupan lebih sihat termasuk dalam aspek pemakanan seperti mana diamalkan ahli sukan.

“Sebagai seorang atlet, saya perlu menjaga keseimbangan makanan dan mendapat khasiat yang sebaiknya supaya dapat beraksi secara optimum semasa pertandingan.

“Dengan tenaga yang mencukupi sudah tentu saya akan dapat menonjolkan prestasi terbaik saya ketika kejohanan.

“Namun, pemakanan berkhasiat sebenarnya bukan sahaja untuk atlet seperti saya malah juga untuk keperluan harian orang ramai," katanya dalam majlis pelancaran pek baharu minuman jenama Oligo di sini pada Selasa.

Tengku Putra Alhaj (kanan) bersama Azizulhasni (kiri) pada majlis pelancaran pek baharu Oligo Pocket Rocketman di Sungai Buloh pada Selasa.
Tengku Putra Alhaj (kanan) bersama Azizulhasni (kiri) pada majlis pelancaran pek baharu Oligo Pocket Rocketman di Sungai Buloh pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Gandingan minuman malt coklat keluaran Power Root Berhad dengan jaguh berbasikal trek negara itu juga untuk memacu impian pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik 2024 di Paris bagi Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Tengku Putra Alhaj, Azizulhasni yang dikenali dengan nama jolokan Pocket Rocketman dilantik sebagai duta jenama Oligo kerana semangat juangnya yang tidak pernah luntur dalam sukan itu.

“Semangat yang ditunjukkan beliau mewakili komitmen yang sama Oligo dalam memberikan tenaga dan zat-zat kepada para penggunanya.

“Sejajar dengan slogan Oligo, iaitu ‘Aktifkan Potensi Anda’, kami ingin melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kehebatan beliau semasa pertandingan dengan Oligo yang diperkayakan NutriMax,” katanya dalam majlis sama.

Melalui gandingan Azizulhasni dengan Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Ujar Tengku Putra Alhaj lagi, Azizulhasni ialah atlet terbaik untuk mempamerkan imej Oligo kepada masyarakat Malaysia kerana dalam mengejar kejayaan, beliau terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah walaupun berdepan pelbagai cabaran getir.

Dalam pada itu, untuk meraikan kehebatan beliau sebagai jaguh dunia, Oligo akan memperkenalkan bungkusan baharu memaparkan gambar ikon sukan itu.

Reka bentuk bungkusan terbaru Oligo terdapat dalam bentuk serbuk dan pek sedia diminum.

Ia akan diedarkan di pasar raya-pasar raya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara dalam sachet 30 gram, pek isian semula 950 gram, cawan segera, tin minuman 240 mililiter (ml) dan pek Tetra 200ml yang baharu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28