MyDigital, Toshiba meterai MoU

Ahmad Zahid menyaksikan pertukaran MoU oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital Fabian Bigar (kiri) dan Presiden yang juga CEO Toshiba, Taro Shimada (kanan).
Ahmad Zahid menyaksikan pertukaran MoU oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital Fabian Bigar (kiri) dan Presiden yang juga CEO Toshiba, Taro Shimada (kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan perkongsian inovasi di antara MyDigital Corporation (MyDigital) dan Toshiba Digital Solutions Corporation (Toshiba) memfokuskan kepada ruang lingkup data radar cuaca, perancangan perjalanan, peruncitan pintar, ketahanan infrastruktur jalan raya dan ramalan kawasan banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MoU itu merupakan langkah ke hadapan dalam menterjemahkan komitmen Malaysia menjalinkan hubungan yang lebih erat serta membuka jalan bagi pencapaian lebih besar di masa hadapan.

"Saya melihat Jepun dan Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam kerjasama ekonomi, inovasi teknologi dan pertukaran budaya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Terdahulu Ahmad Zahid yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke negara Matahari Terbit itu menyaksikan MoU yang dimeterai di Ibu Pejabat Toshiba di Tokyo.

Artikel Berkaitan: