GOLD 1 milik Agong

Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat GOLD 1 kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Selasa.
Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat GOLD 1 kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan tertinggi dalam sejarah negara, RM1.5 juta.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Anthony turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Nombor plat siri GOLD merupakan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Februari bermula jam 12 tengah hari hingga 5 Februari lalu.

Pada Jun tahun lalu, Sultan Ibrahim berjaya memperoleh no plat FF 1 selepas berjaya membidanya dengan tawaran tinggi pada harga RM1.2 juta.

Sementara itu, pada 1 Julai 2016 pula baginda memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1 iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya pada nilai RM836,660.

Pada 8 Februari 2017, Sultan Ibrahim disahkan menjadi pemilik nombor pendaftaran 'VR46' dengan nilai bidaan tertinggi iaitu RM55,002.20.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28