‘Tolong, aku serius lemas ni!’

Ahli keluarga sebak melihat gambar Allahyarham Nurul Fairiefsa.
Ahli keluarga sebak melihat gambar Allahyarham Nurul Fairiefsa.
A
A
A

KUALA KRAI - “Dengar jeritan ‘Tolong, aku serius (lemas) ni!' sebelum pautannya terlepas hinggakan seluar saya tertanggal dan dia pun tenggelam.”

Itu detik-detik terakhir Nurul Fairiefsa Zaidi, 19, yang lemas ketika mandi di Sungai Kelubi di sini pada Sabtu.

Anak sepupu mangsa, Rosmaira Maisarah Mohd Azan, 13, berkata, sebelum kejadian, mereka bersama dua lagi saudara lelaki dan seorang rakan perempuan berusia lingkungan 12 hingga 14 tahun pergi ke sungai tersebut untuk memancing udang pada jam 1 tengah hari.

Katanya, selepas sejam memancing, Nurul Fairiefsa mengajaknya mandi di tebing sungai itu.

Rosmaira Maisarah
Rosmaira Maisarah

“Lepas sejam mengail udang, kami mandi tetapi tak lama selepas itu, dia tergelincir dan berpaut pada lengan lalu menarik seluar saya sambil memberitahu dia lemas.

“Kami hanyut bersama kira-kira 10 meter sebelum seluar saya tercabut. Saya sempat berpaut pada dahan pokok manakala Nurul Fairiefsa terlepas dan hanyut ke tengah sungai lalu tenggelam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Estet Kampung Kuala Hau di sini, pada Ahad.

Menurut Rosmaira, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang itu tiba di kampung halaman pada 8 Februari lalu untuk menghadiri kenduri kahwin sepupunya pada keesokan hari.

Artikel Berkaitan:

Nurul Fairiefsa
Nurul Fairiefsa

Kata gadis itu, Nurul Fairiefsa beria-ria mengajaknya untuk memancing udang di sungai itu dan pernah memberitahu dia sudah tidak mahu lagi pulang ke Pulau Pinang.

“Dia seorang yang periang dan mesra dengan saudara-mara, namun sejak pulang ke kampung kali ini, dia banyak diam sahaja.

“Dia ada minta kami ambilkan gambarnya semasa memancing dan itulah yang menjadi kenangan terakhir kami,” katanya.

Ahli keluar Nurul Fairiefsa menunjukkan lokasi mangsa lemas.
Ahli keluar Nurul Fairiefsa menunjukkan lokasi mangsa lemas.

Ujar Rosmaira, jenazah Nurul Fairiefsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hau di sini, pada Jam 11.30 pagi, Ahad.

Media sebelum itu melaporkan, mayat mangsa dijumpai pada jam 7 malam hari sama kejadian dalam jarak satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.