Pesta Gagau Ikan 2024

A
A
A

Cuaca panas tidak menghalang pemilik Bungalow Mat Haji Limah, Mohd Fakhri Ahmad, 54, mengambil insiatif menganjurkan Pesta Gagau Ikan 2024 untuk mengembalikan nostalgia ketika musim kemarau di Kampung Besar, mukim Padang Hang di sini.

Mohd Fakhri berkata aktiviti gagau ikan ini mengembalikan kenangan semasa kanak-kanak yang menjadi aktiviti wajib bersama rakan-rakan mencari lopak air untuk gagau ikan.

Menurut beliau, aktiviti itu harus diteruskan kerana beliau khuatir jika tidak diteruskan oleh generasi baharu maka aktiviti ini akan pupus.

Beliau bersyukur aktiviti gagau ikan itu mendapat sambutan baik orang ramai termasuklah peserta dari luar negara dan luar Kedah walaupun baru dilaksanakan pertama kali pada tahun ini.

Bagaimanapun, Mohd Fakhri berkata, dia mendapat permintaan ramai di seluruh Malaysia untuk turut sama menyertai aktiviti gagau ikan, namun terpaksa mengehadkan penyertaan kepada 50 peserta sahaja disebabkan keadaan tempat agak kecil.

Menurut Exco Pelancongan Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin, pihaknya menyambut baik usaha komuniti tempatan melaksanakan aktiviti gagau ikan.

Beliau menyifatkan, usaha terbabit mampu mengangkat kembali warisan masyarakat Kedah, sekaligus menarik minat orang luar dan pelancong datang ke negeri Jelapang Padi.

Artikel Berkaitan: