Tujuh kawasan di Kedah alami cuaca panas tahap satu

Guru dinasihatkan agar memastikan pelajar sihat semasa tempoh cuaca panas.
Guru dinasihatkan agar memastikan pelajar sihat semasa tempoh cuaca panas.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook memaklumkan, tujuh daripadanya adalah di negeri Kedah iaitu Langkawi, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik, Baling dan Pokok Sena.

Menurut kenyataan itu, dua lagi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak.

Tambah MetMalaysia, terdapat satu kawasan di Sabah yang berada pada tahap berjaga-jaga iaitu di Beaufort.

Jelas kenyataan itu, amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

"Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya.

Artikel Berkaitan: