Bersatu tak boleh kosongkan enam kerusi MP sokong PM

Selain Syed Abu Hussin Hafiz, lima lagi ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri selain Mohd Azizi ialah, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
Selain Syed Abu Hussin Hafiz, lima lagi ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri selain Mohd Azizi ialah, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh mengosongkan enam kerusi ahli Parlimennya yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pindaan perlembagaan parti dibuat.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berkata, beliau dan lima lagi ahli Parlimen terbabit tidak terkesan dengan cadangan pindaan perlembagaan parti itu.

"Setahu saya, parti tak boleh buat tindakan kerana perlembagaan diubah selepas saya buat keputusan menyokong Perdana Menteri.

"Insya-ALLAH tiada apa yang boleh menghalang tugasan saya untuk berkhidmat kepada masyarakat saya untuk penggal ke-15 ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan muka depan akhbar ini pada Sabtu bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Bersatu meluluskan draf pindaan perlembagaan parti berkaitan pengosongan kerusi Parlimen bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan sekiranya ahli bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan yang akan dibentangkan pada 2 Mac depan akan turut terpakai kepada mereka yang telah melakukan tindakan sedemikian.

Pindaan itu sebelum ini dilaporkan akan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas susulan tindakan enam ahli Parlimen itu menyatakan sokongan kepada Anwar.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris melalui notis makluman berkenaan mesyuarat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Lima lagi ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri selain Mohd Azizi ialah, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Mengulas lanjut, Mohd Azizi menegaskan, cadangan pindaaan perlembagaan mana-mana parti juga bukan sewenang-wenangnya akan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"RoS pastinya tidak akan luluskan dengan mudah mana-mana pindaan perlembagaan parti apatah lagi jika ia dicipta untuk membunuh karektor wakil rakyat terpilih," ujarnya.

Senada dengan Mohd Azizi, Zulkafperi berkata, pengosongan kerusi tidak akan berlaku dan mereka akan kekal sebagai Ahli Parlimen Bersatu berdasarkan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau akta lompat parti.

"Sekarang kita terikat dengan akta lompat parti jadi tidak akan berlaku perkara (pengosongan kerusi) itu," kata beliau.

Sementara itu, Syed Abu Hussin Hafiz memberitahu, beliau menyerahkan kepada Bersatu untuk mengambil apa sahaja tindakan terhadapnya.

"Parti ada hak untuk ambil apa sahaja tindakan tapi untuk pindaan perlembagaan ini, saya kena tengok dahulu apa perubahan yang akan diluluskan.

"Saya kena lihat dahulu kandungan pindaannya sebelum saya dapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang saya," ujarnya.