Pemadam Kebangsaan rai warga emas, anak yatim

Siew Ki (berdiri dua dari kanan) dan ahli Pemadam bergambar bersama warga emas pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund, Loke Yew pada Jumaat.
Siew Ki (berdiri dua dari kanan) dan ahli Pemadam bergambar bersama warga emas pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund, Loke Yew pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Kebangsaan meraikan warga emas dan anak yatim sempena Tahun Baharu Cina pada Jumaat.

Biro Media dan Promosi Pemadam Kebangsaan, Roy Peh berkata, seramai 90 warga emas dan 32 anak yatim dari beberapa rumah kebajikan diraikan dalam sambutan tersebut.

"Program ini dilaksanakan untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan serta menyerikan lagi kehidupan warga emas dan anak yatim sepanjang musim perayaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama Warga Emas dan Anak Yatim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund, Loke Yew di sini.

Program itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki.

Sebahagian warga emas kaum Tionghoa diraikan pada majlis berkenaan.
Sebahagian warga emas kaum Tionghoa diraikan pada majlis berkenaan.

Roy memberitahu, majlis sambutan itu turut menyampaikan sumbangan berupa sehelai baju, cenderahati dan 'angpau' kepada setiap penerima yang disumbangkan, Pertubuhan Tong Xi Shan Yuan diketuai oleh Niko Kenz.

Menurut Roy, pihaknya bersimpati dengan golongan terbabit yang terpaksa beraya tanpa insan tersayang.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga didapati terdapat rumah kebajikan hidup dalam keadaan daif yang memerlukan sumbangan daripada orang ramai.

"Kami turut merakamkan ribuan terima kasih kepada penaja yang menyumbang dalam program ini," jelas beliau.

Program sehari itu membabitkan kerjasama antara Pemadam Kebangsaan dengan Pertubuhan Kebajikan Wen Hua Kuala Lumpur dan Selangor, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, Persatuan Kebajikan Orang Tua, Tong Xi Shan Yuan dan Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund.

Sementara itu, Ketua Bahagian Orang Kurang Upaya dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Noor Hafizah Zulkafli berkata, pihaknya menghargai usaha Pemadam dan pertubuhan kebajikan dalam membantu JKM memastikan kebajikan golongan terbabit diberi tumpuan.

"JKM melihat program seperti ini dapat meraikan warga emas yang banyak berjasa kepada pembangunan komuniti.

"Suasana sambutan seperti ini amat penting untuk kesejahteraan minda dan jiwa warga emas kita khususnya yang tidak berwaris," tambah beliau.