Kes Nik Elin: Tenang dan hormati proses - Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diingatkan bertenang dan hormati proses Jawatankuasa Khas yang telah ditubuh di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ujar Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, semua pihak juga tidak dinasihati tidak mendahului proses jawatankuasa itu.

"Pada masa yang sama, usahlah diteruskan polemik tidak sihat dan mengelirukan, demi kemaslahatan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman X pada Khamis.

Menurut Fahmi, Kementerian Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor.

"Patik menjunjung kasih di atas titah nasihat serta pandangan Tuanku Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI.

Semoga titah nasihat Tuanku ini dijadikan panduan serta dituruti semua pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah jawatankuasa khas itu yang mengkaji isu berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri diberi tempoh setahun bagi mengemukakan sebarang cadangan kepada MKI.

Artikel Berkaitan: