Alonso calon sesuai ganti Klopp

Alonso (tengah) ketika ini mengemudi Bayer Leverkusen di puncak saingan Bundesliga Jerman. Foto: Agensi
Alonso (tengah) ketika ini mengemudi Bayer Leverkusen di puncak saingan Bundesliga Jerman. Foto: Agensi
A
A
A

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher berkata, bekas pemain tengah kelab tersebut, Xabi Alonso adalah calon terbaik bagi menggantikan Jurgen Klopp.

Klopp mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim, dengan mengatakan dia kehabisan tenaga selepas lapan tahun yang sangat berjaya bersama kelab Merseyside itu.

Sejak pengesahan tersebut, banyak jurulatih telah dikaitkan dengan jawatan utama di Anfield.

Namun bagi Carragher, Alonso adalah pengganti semula jadi kepada Klopp kerana memiliki DNA The Reds.

"Bayer Leverkusen di bawah kendalian Alonso sukar digugut di Bundesliga.

"Gaya permainan mereka lebih mirip Manchester City, mungkin pengaruh Pep Guardiola kerana dia pernah mejadi pengurus Alonso semasa di Bayern Munich.

"Tetapi, saya melihat tiada masalah untuk Alonso berjaya sebagai pengurus Liverpool kerana dia memahami kelab ini," kata Caragher.

Hujung minggu lalu, pengarah sukan Leverkusen, Simon Rolfes yakin Alonso akan kekal bersama mereka pada musim depan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Alonso telah memanjangkan kontraknya di Leverkusen sebelum permulaan musim ini hingga 2026.

Alonso bermain untuk Liverpool dari 2004 hingga 2009 dan merupakan tonggak utama yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2005.