Ujian padang sistem VAR dari 20 hingga 24 April ini

Sivasundaram bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-10 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM pada Selasa. - Foto: Bernama
Sivasundaram bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-10 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM pada Selasa. - Foto: Bernama
A
A
A
UJIAN di atas padang untuk penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) akan diadakan dari 20 hingga 24 April ini, sebelum penggunaan teknologi bantuan pengadilan perlawanan itu boleh mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram.

Menurutnya, VAR bakal digunakan di Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula pada Mei ini sekiranya ia mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10 bagi penggal 2021-2025 yang turut dihadiri oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM pada Selasa.

Dalam pada itu,Sivasundaram berkata, seramai 21 orang pengadil, 20 orang penolong pengadil dan sembilan orang ‘Replay Referee’ telah selesai menjalani latihan VAR yang diktiraf oleh FIFA.

Januari lepas, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilaporkan telah menganjak tarikh permulaan musim baharu Liga-M dari 3 hingga 5 Mei kepada 10 hingga 12 Mei susulan pertukaran tarikh pemeriksaan FIFA berhubung sistem VAR.
Artikel Berkaitan:


MFL menerusi kenyataan memaklumkan tarikh baharu pemeriksaan sistem itu oleh FIFA yang sepatutnya dilakukan pada bulan ini dianjak pada April. - Bernama