'Pesawat terputus hubungan selepas 7 minit berlepas' - CAAM

Anggota forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat persiapan sebelum masuk ke dalam kawasan kejadian sebuah pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, pada Selasa. Foto Bernama
Anggota forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat persiapan sebelum masuk ke dalam kawasan kejadian sebuah pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas di Kapar, Klang pada Selasa, dan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club dengan nombor pendaftaran 1-POOC itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

"Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

"Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa mash belum dapat dipastikan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan.

CAAM menambah, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Video kejadian pesawat terhempas berlaku di Kampung Tok Muda, Klang tular di TikTok.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 petang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!