Sila log masuk terlebih dahulu.

Emad terputus hubungan dengan keluarganya di Gaza 

13 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 13 OKTOBER 2023

Seorang warga Palestin yang baru menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu terputus hubungan dengan keluarganya di Gaza sejak tiga hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Emad Saleem, 41 berkata, beliau tidak dapat berhubung dengan isterinya, Mariam Mohamed, 34 serta dua anak lelakinya iaitu Saleem Emad Saleem, 12 dan Kareem Emad Saleem, 10.

Menurutnya, situasi itu berlaku susulan tindakan Israel melakukan kepungan menyeluruh ke atas penduduk Gaza termasuk memutuskan bekalan elektrik, makanan dan air di kawasan berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini