Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat

Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, di Batu Pahat pada Isnin. Foto BBP Penggaram
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, di Batu Pahat pada Isnin. Foto BBP Penggaram
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, di sini pada Isnin.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nur Eddy Paiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 11.31 pagi,

Katanya, sejurus menerima maklumat, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan tiga Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram telah dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba ke lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Matrix telah terbakar 80 peratus.