KPDN Sarawak sita kapal berisi diesel bernilai lebih RM900,000

KPDN Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, pada Ahad. Foto Facebook KPDN Sarawak
KPDN Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, pada Ahad. Foto Facebook KPDN Sarawak
A
A
A

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, pada Ahad.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada jam 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 telah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

"Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: