Hantaran fitnah, Nurul Izzah akan lapor polis

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar akan membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Nurul Izzah berkata, beliau telah menerima satu kiriman hantaran di laman sosial Facebook yang tidak benar terhadapnya pada Sabtu.

“Petang tadi (Sabtu), saya telah menerima kiriman hantaran Facebook yang berunsur fitnah terhadap diri saya.

“Peguam saya masih bercuti Tahun Baharu Cina. Insya-ALLAH, laporan polis terhadap fitnah ini menyusul minggu depan selepas laporan polis oleh Nadia esok pagi (Ahad).

“Jangan dilupakan juga ya audit oleh ProKhas ke atas Laksana, baru selesai kisah sebenar,” katanya menerusi satu hantaran pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap Nurul Izzah yang mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) serta menerima gaji sebanyak RM35,000.

Bukan itu sahaja, hantaran berkenaan turut menyatakan Nurul Izzah dibekalkan dua kakitangan dengan gaji antara RM5,000 hingga RM20,000.

Susulan itu Nurul Izzah menegaskan, tindakan menyebar maklumat palsu dan fitnah adalah pelanggaran bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih daun keladi buat yang membaca.

“Moga ALLAH SWT membantu perjuangan dalam menegakkan keadilan dan melawan kebatilan,” ujarnya.