Lelaki menyamar penjual susu lembu samun rantai emas

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu disyaki terlibat menyamun dua rantai emas milik tukang jahit dalam kejadian di Tanjung Rambutan, Khamis lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Yahaya)
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu disyaki terlibat menyamun dua rantai emas milik tukang jahit dalam kejadian di Tanjung Rambutan, Khamis lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Yahaya)
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu disyaki terlibat menyamun dua rantai emas milik tukang jahit dalam kejadian di Tanjung Rambutan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi, wanita berusia 38 tahun itu berada di rumah telah didatangi suspek yang merupakan warga tempatan.

"Ketika sedang berurusan, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya itu.

"Suspek sempat mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

"Siasatan mendapati barang kemas yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: