Bom mortar ditemui di belakang rumah

Bom mortar berukuran 60mm ditemui di belakang rumah di Kampung Tersusun Serkam Darat, Merlimau di sini, pada Sabtu. Gambar kecil: Objek dipercayai bom mortar yang ditemui seorang tukang kebun.
Bom mortar berukuran 60mm ditemui di belakang rumah di Kampung Tersusun Serkam Darat, Merlimau di sini, pada Sabtu. Gambar kecil: Objek dipercayai bom mortar yang ditemui seorang tukang kebun.
A
A
A

JASIN - Sebutir bom mortar berukuran 60 milimeter (mm) ditemui di belakang sebuah rumah penduduk di Kampung Tersusun Serkam Darat, Merlimau di sini pada Sabtu.

Bom yang dipercayai digunakan bagi tujuan latihan itu ditemui oleh seorang tukang kebun lebih kurang jam 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, maklumat keberadaan bom itu diterima melalui laporan polis oleh seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Jasin berusia 40 tahun yang memaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

Menurutnya, ketika individu terbabit sedang bekerja di pejabat APM Jasin, dia dihubungi isterinya yang memaklumkan tukang kebun menjumpai objek disyaki bom ketika sedang mengemas belakang rumah sebelum dia pulang ke rumah untuk membuat pengesahan.

Katanya, kira-kira jam 11.45 pagi, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah ke lokasi kejadian dan melakukan pemeriksaan serta penilaian ke atas objek tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati objek dilaporkan merupakan bom jenis UXO Mortar 60mm Practice Inert berwarna putih dan terdapat sedikit karat.

"Pasukan UPB Melaka kemudian membawa balik objek itu ke pengkalan bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: