THTS, Bank Islam jalin kerjasama tawar pembiayaan tunai umrah dan haji

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit, Kumpulan Bank Islam, Mizan Masram (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Tengku Badlishah Shukri T Ibrahim ketika menandatangani kerjasama tersebut.
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit, Kumpulan Bank Islam, Mizan Masram (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Tengku Badlishah Shukri T Ibrahim ketika menandatangani kerjasama tersebut.
A
A
A

TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi menyediakan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah kepada umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Tengku Badlishah Shukri T Ibrahim, kolaborasi itu bakal menarik lebih ramai pelanggannya yang sedang merancang untuk mengerjakan umrah mahupun haji pada tahun ini menikmati kemudahan pakej yang ditawarkan.

"Melalui kerjasama ini, Bank Islam akan menawarkan pelan pembiayaan mengikut prinsip syariah, khususnya Pembiayaan Peribadi￾-i.

"Ia turut menawarkan pelan perlindungan takaful yang akan membantu melunaskan Pembiayaan Peribadi-i pelanggan sekiranya berlaku kematian ketika berada di Tanah Suci," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, THTS turut menyediakan pelbagai pakej pelancongan Islam menarik merangkumi lebih 60 destinasi yang berteraskan penyediaan makanan halal, program mesra solat dan berlandaskan syariat Islam.

TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi menyediakan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah kepada umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji.
TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi menyediakan pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah kepada umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Ujar Tengku Badlishah lagi, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dan logistik (import, eksport, domestik, antarabangsa dan kurier), pengurusan penerbangan serta E-dagang.

"Kami berharap dengan tawaran pembiayaan yang berpatutan daripada Bank Islam ini akan dapat merealisasikan impian sebahagian besar umat Islam di Malaysia untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah dan haji melalui pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan THTS.

Artikel Berkaitan:

"Kemudahan yang ditawarkan adalah seiring dengan aspirasi Bank Islam iaitu 'Urusan Dipermudah, Lebih Tenang Beribadah'," ujarnya.

Tambah beliau, THTS telah mempunyai pengalaman lebih dari 52 tahun dan sentiasa mengekalkan rekod cemerlang dalam bidang umrah dan haji.

Katanya, selain daripada produk Pembiayaan Peribadi-i, Bank Islam sebagai hab solusi kewangan Islam bagi jemaah haji turut menawarkan kemudahan lain seperti Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, akaun pelaburan Al-Awfar, kad kredit-i, produk perlindungan takaful, penulisan wasiat, kemudahan perbankan atas talian dan mudah alih serta tukaran mata wang asing di kaunter ‘Bureau de Change’ Bank Islam.