TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan

Tangkap layar perbualan yang dimuat naik oleh Tunku Ismail di Insta Story miliknya.
Tangkap layar perbualan yang dimuat naik oleh Tunku Ismail di Insta Story miliknya.
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mendedahkan bahawa pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine terlebih dahulu menghubungi kelab tersebut sebelum membuat keputusan menyertai Selangor FC.

Tunku Ismail berkongsi tangkap layar di laman Insta Story akaun Instagramnya perbualan antara ejen JDT, Kiko Insa Bohigues dan ejen Nooa sebelum perpindahan pemain itu berlaku.

Dalam perbualan tersebut atau lebih tepat sebagai proses rundingan itu, Nooa terlebih dahulu menawarkan diri untuk menyertai JDT.

"Hi Kiko, saya difahamkan Nooa juga sudah cuba untuk menghubungi anda. Sekiranya kami tidak mendengar apa-apa dari pihak anda selepas empat jam, kami mengandaikan bahawa anda tidak berminat.

"Kami akan menandatangani (kontrak) bersama Selangor FC," kata ejen Nooa dalam perbualan dengan Kiko yang dimuat naik oleh Tunku Ismail.

Dalam tangkap layar itu juga, Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan telah menolak seorang pemain kebangsaan yang bermain di luar negara disebabkan harga yang disebutkan tidak munasabah.

Kelab itu percaya ada percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dan JDT tidak akan terperangkap dengan perang bidaan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!