Lelaki maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Loji Air Tengku pada Jumaat. Foto BBP Mersing
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Loji Air Tengku pada Jumaat. Foto BBP Mersing
A
A
A

MERSING - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala empat individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun cedera dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 10, Jalan Endau - Mersing pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dan kereta Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 30 tahun.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Terengganu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara.

"Akibat pertembungan itu, pemandu Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, manakala dua penumpang mengalami kecederaan.

"Pemandu Proton Wira pula parah dan seorang penumpangnya cedera ringan," katanya.

Tambah beliau, kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Mersing dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.13 pagi Jumaat.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat tersebut seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) telah dihantar ke lokasi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, anggota kemudian bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan peralatan khas.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Loji Air Tengku pada Jumaat. Foto BBP Mersing
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Loji Air Tengku pada Jumaat. Foto BBP Mersing

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sekitar jam 8.58 pagi," katanya.