YWM, Mapim, Spectre MD guna pendekatan teknologi perkasa pembangunan wakaf

Mohd Na'im memerhatikan ketiga-tiga wakil daripada Mapim, YWM dan Spectre MD Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman.
Mohd Na'im memerhatikan ketiga-tiga wakil daripada Mapim, YWM dan Spectre MD Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman.
A
A
A

SHAH ALAM - Jalinan kerjasama antara Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Spectre MD Sdn Bhd menerusi pendekatan teknologi membantu memperkasa pembangunan wakaf korporat di negara ini.

YWM dalam satu kenyataan berkata, kerjasama tersebut membuka peluang untuk membawa wakaf Malaysia ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam terimaan dan agihan dana menerusi aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Menurutnya, dengan meningkatkan ekosistem digital, ia akan meningkatkan penjenamaan wakaf melalui pendekatan teknologi dan inovasi.

“Selain itu, kerjasama dengan Mapim dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan akan membantu memperluas skop pengagihan YWM ke luar negara.

“Antara program yang diperincikan bersama Mapim adalah misi bencana alam dalam dan luar negara, projek pemulihan pasca bencana dalam dan luar negara, projek segmen sosial dan prihatin dalam negara, misi kemanusiaan luar negara serta agihan kebajikan dalam negara.

“YWM akan terus meningkatkan tahap pengurusan dan terimaan dana dengan mewujudkan ekosistem digital yang disediakan oleh pihak Spectre MD,” katanya pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby dan Pengarah Eksekutif Spectre MD Sdn Bhd, Khairul Nizam Othman.

Mohd Na’im (tiga dari kanan) dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman antara YWM, Mapim dan Spectre MD Sdn Bhd.
Mohd Na’im (tiga dari kanan) dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman antara YWM, Mapim dan Spectre MD Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kerjasama tersebut membuka peluang kepada wakaf Malaysia untuk diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

Ujarnya, usaha itu membantu pembangunan sosioekonomi ummah ke arah Malaysia Madani.

“Alhamdulillah pada hari ini kita semua menjadi saksi kepada permulaan kerjasama yang akan memberi peluang kepada YWM sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama untuk membawa wakaf Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.