Jual bunga api secara online satu kesalahan - PDRM

Polis akan mengambil tindakan tegas kepada penjual bunga api secara dalam talian yang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda. Gambar hiasan
Polis akan mengambil tindakan tegas kepada penjual bunga api secara dalam talian yang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan tegas kepada penjual bunga api secara dalam talian yang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang mana boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, masyarakat juga diingatkan agar tidak bermain bunga api melebihi jam 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum dan jika ingkar boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

"PDRM menegaskan bahawa jualan umum bunga api hanya dibenarkan bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Keamatan.

"Sebanyak 45 item bunga api telah diluluskan untuk dijual sejak 2018 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 36 item bunga api jenis happy boom dan pop-pop ialah bagi kategori jualan umum, manakala sembilan item bunga api dalam kategori bersyarat dan tidak boleh diniagakan oleh umum kecuali ejen berlesen.

Katanya, syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga bagi kedua-dua kategori adalah hendaklah mempunyai tempat simpan selamat yang telah disahkan oleh Bahagian Persenjataan PDRM, miliki lesen dan tidak boleh dipindah milik serta hanya pemilik lesen sahaja yang dibenarkan untuk menjual bunga api.

"Satu lesen hanya boleh dikeluarkan kepada satu pemohon di satu lokasi sahaja dan tidak menjual bunga api kepada pembeli berumur kurang daripada 18 tahun," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, kata Alzafny, PDRM menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran penduduk setempat.

"Masyarakat diseru agar lebih bertanggungjawab dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan serta sentiasa berwaspada semasa bermain bunga api ketika sambutan perayaan," katanya.

INFO GRAFIK

(A) 36 item bunga api jenis happy boom dan pop-pop bagi kategori jualan umum.

1. Pop-pop.

2. Happy boom glow off sunset.

3. Happy boom sunset bar.

4. Happy boom glories.

5. Happy boom flower silver cracking rain (20 shot)

6.Happy boom birthday candle

7. Happy boom dush 20 (roman candle)

8. Happy boom dush 30 (roman candle)

9. Happy boom 10 shoots (roman candle)

10. Happy boom 8 shoots roman candle (new)

11. Happy boom sun sparkles

12. Happy boom colour sun sparkle (18 inci besi colour)

13. Happy boom fountain

14. Happy boom 10 inci ice cream (fountain)

15. Happy boom 15 inci ice cream (fountain)

16. Happy boom 13 inci conic (fountain)

17. Happy boom mini ice cream (fountain)

18. Happy boom peacock fountain

19. Happy boom happines fountain

20. Happy boom ground boom flower

21. Happy boom camelia flower

22. Happy boom firework

23. Happy boom pili cracker

24. Happy boom pili cracker 3 minutes

25. Happy boom moon (rockets)

26. Happy boom thunder clap (rockets)

27. Happy boom top gun (UFO)

28. Happy boom top gun

29. Happy boom sky dragon (new)

30. Happy boom 14 inci besi

31. Happy boom bee

32. Happy boom mancis

33. Happy boom cili padi

34. Happy boom party pooper35

35. Happy boom banana kecil

36. Happy boom banana hujan

(B) 9 item bunga api kategori bersyarat dan tidak boleh diniagakan oleh umum kecuali ejen berlesen

1. Happy boom red cracker (8 inci)

2. Happy boom red cracker (cake)

3. Happy boom celebration red fire cracker

4. Happy boom assorter celebration cake repeater (1 inci 49 shot)

5. Happy boom assorted celebration cake repeater (1.5 inci 138 shot)

6. Happy boom shoot cake (1 inci 16 shot)

7. Happy boom shoot cake (1 inci 25 shot)

8. Happy boom shoot cake (1 inci 36 shot)

9. Happy boom tikusn50 (50 missile)