X

Kindly register in order to view this article
!

Khazanah mahu Raja Azmi berundur?

Raja Azmi
A
A

SHAH ALAM - Peletakan jawatan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dipercayai ada kaitan dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Menurut sumber industri penerbangan yang enggan dinamakan berkata, hubungan buruk antara Raja Azmi dengan Khazanah yang merupakan pemegang saham utama dalam syarikat pengendali lapangan terbang itu adalah antara penyebab beliau meletak jawatan.

“Masalah gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ogos tahun lalu adalah satu daripada punca tetapi ada beberapa isu lain yang menyebabkan hubungan antara Raja Azmi dengan Khazanah tidak begitu baik,” katanya di sini semalam.

Semalam, MAHB mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai CEO Kumpulan bagi menggantikan Raja Azmi berkuatkuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: MAHB lantik Mohd Shukrie sebagai Pemangku CEO

Pada September lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Khazanah masih mengkaji isu mengenai penjualan pegangannya dalam MAHB yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.83 billion pada Jun 2019.

Perkara itu dibangkitkan ekoran laporan sebuah akhbar yang menyebut Khazanah kini dalam proses mengakhiri penjualan pegangannya dalam MAHB kepada sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang di London iaitu Lapangan Terbang Vinci & Gatwick.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus