Qatar tunjuk Iran jalan keluar dari Qatar 2023

Almoez Ali meraikan jaringan bersama pemain Qatar. Foto: Agensi
Almoez Ali meraikan jaringan bersama pemain Qatar. Foto: Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara Qatar mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan Iran 3-2 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Al Thumama pada Rabu.

Iran kendalian Amir Ghalenoei terlebih dulu memimpin permainan menerusi Sardar Azmoun seawal minit keempat.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila Qatar asuhan Bartolome Tintín Marquez Lopez menyamakan kedudukan pada minit ke-17 hasil sentuhan Jassem Gaber.

Tuan rumah kemudian menggandakan jaringan menerusi mesin gol pasukan Akram Afif pada minit ke-43 untuk kedudukan 2-1 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Iran meningkatkan asakan akhirnya telah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola dikesan terkena tangan pemain Qatar.

Alireza Jahanbakhsh yang tenang menyempurnakan tugasan itu tenang menewaskan Meshaal Barsham pada minit ke-51.

Biarpun begitu Qatar yang dibarakan pemain ke-12 akhirnya berjaya menoktahkan rentak Iran dengan gol daripada Almoez Ali pada minit ke-82 untuk mengesahkan kemaraan perlawanan akhir.

Kemenangan itu menyaksikan Qatar bakal berdepan Jordan dalam aksi final Piala Asia 2023 Stadium Lusail pada 12 Februari.

Artikel Berkaitan:

Piala Asia Qatar 2023

Perlawanan Akhir

SABTU 10 FEBRUARI

Qatar lwn Jordan

(Stadium Lusail, 11 malam)