Mahasiswa protes campur tangan Jokowi

Penyokong calon presiden, Gibran Rakabuming Raka atau anak sulung Jokowi telah berkumpul di Gelora Deltra Sidoarjo, Jawa Timur semasa kempen Pilpres. AFP
Penyokong calon presiden, Gibran Rakabuming Raka atau anak sulung Jokowi telah berkumpul di Gelora Deltra Sidoarjo, Jawa Timur semasa kempen Pilpres. AFP
A
A
A

JAKARTA - Ratusan mahasiswa dijadualkan akan mengadakan protes terhadap campur tangan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang akan keluar berkempen dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 pada 14 Februari depan.

Kira-kira 2,000 mahasiswa dari beberapa universiti dijangka menyertai perhimpunan di tengah ibu kota Jakarta untuk menggesa Jokowi bagi mengekalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya itu.

Walaupun presiden itu secara jelas tidak menyokong mana-mana calon bertanding, beliau telah membuat penampilan untuk menyokong calon presiden, Prabowo Subianto yang berpasangan dengan anak sulungnya, naib calon presiden, Gibran Rakabuming Raka.

Ketika ini, Jokowi berdepan tekanan semakin meningkat mengenai pelanggaran etika, nepotisme dan campur tangan dalam pilihan raya selepas mahkamah tinggi mengubah kelayakan calon pada Oktober lalu dengan membenarkan anaknya, Gibran yang berumur bawah 40 tahun untuk bertanding dalam Pilpres.

"Kami akan menyedarkan orang ramai bahawa Jokowi adalah 'pelakon utama' dalam pilihan raya tidak adil," kata seorang aktivis pelajar dan penganjur protes Tegar, Afriansyah sambil berharap protes sama akan diadakan di seluruh negara.

Bagaimanapun pada Rabu, Jokowi menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang acara kempen menjelang hari pengundian pada 14 Februari depan.

“Menurut undang-undang, presiden dibenarkan menyertai mana-mana kempen. Tetapi jika persoalannya sama ada saya akan berkempen atau tidak, jawapannya, saya tidak akan berkempen," jelasnya.

Di Indonesia, mahasiswa boleh menjadi kuasa politik yang berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Perhimpunan itu dibuat selepas ahli akademik dari puluhan universiti mengadakan sidang akhbar untuk menimbulkan kebimbangan terhadap kemerosotan demokrasi Indonesia dan menggesa Jokowi dan pegawai negeri untuk kekal berkecuali menjelang pilihan raya.

Sehingga kini, menurut tinjauan pendapat terbaharu, pasangan Prabowo dan Gibran terus mendahului dua pasangan lain apabila mendapat lebih 40 peratus sokongan.

Juga bersaing bagi jawatan calon presiden dan naib presiden ialah, Ganjar Pranowo dan pasangannya Mahfud MD manakala Anis Baswedan dan Muhaimin Iskandar. - Agensi